Blogger Backgrounds

11 December 2011

Aku sunyi..??

Ye...aku memang sunyi 2-3hari ni. Sejak demam, makanan aku ialah bubur nasi dgn air putih. Sedap tak sedap, itulah makanan aku. Nak makan makanan lain, susah nak kunyah sebab tak de selera nak makan. Rasa makanan plak, entah lah...tawar. Sedih jer rasa bila tgok bubur. Tapi, aku harus makan jgak utk alas perut. Ya Allah...mana diri aku yang sebenar ni. Asyik lemah jer. Mungkin sebab aku berpisah dgn tunang aku. Aku tak boleh berenggang dgn tunang aku wlpun satu saat. Adakah tunang aku ada perasaan sperti apa yg aku rasakan ini? Aku perlu dia setiap masa bila aku di kampung. Aku cuma ada dia dan mak ayah. Sukar utk aku bahagia sebab aku hidup bertiga saje. Org mungkin tak faham kedaan aku sebab diorang tak pernah alami seperti diriku. Sudah 20tahun aku hidup sbg anak tunggal. Pelbagai dugaan aku hadapi..mulut orang, hinaan org..mcm2 lagi. Tapi aku pasrah ape yg dah berlaku. Mungkin ini ujian dari Allah swt supaya aku terus tabah dan sabar dgn environment aku. Kadang kala, aku teringin jugak nak rasa hidup mcm org lain..ada sibling yg ramai, happy..tapi semua tu mimpi je lah. Aku tak kan dapat merasai semua itu...sbab org tak faham jiwa aku. Hanya Allah swt dan mak ayah yg faham hati aku yg kecil ini. Orang yg tak merasai mcm aku ni, cakap boleh laa tapi nak buat, hampeh! Kadang2 aku terasa gak, tapi aku sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Insya Allah. Then, satu lagi masalah aku. Aku cepat sakit. Kenapa susah sgt org nak faham yg aku senang sgt sakit kepala... Aku ada migrain. Bila stress, sakit kepala. Tpi org tetap buat aku stress. Apa salah aku? Kenapa diri aku yg jadi sasaran org? Sedihnya Ya Allah..hambamu ini terlalu lemah utk hadapi dugaan setiap hari. Aku perlukan kekuatan utk teruskan perjuangan ini. Kau berikanlah aku mental dan fizikal yang teguh supaya hari2 akan dtg, aku sentiasa dpt bersabar wlpun hatiku terluka dan terasa.



p/s: Dear, cepatlah balik kampung. Aby perlukan abg utk hari2 akan datang. Abg ibarat lilin yg menerangi hari2 aby. Hidup aby terumbang ambing bila berjauhan dgn abg. Aby rindukan abg... Love you so much!

0 comments: