Blogger Backgrounds

04 February 2012

First Impression...

Hari2 sms lecturer tnya pasal practical. well, dah settle pun. i got SK Bandar Setia Alam. excited sgt2 sebab semua org nak sekolah baru. last2 impian aku utk rasa sekolah baru tercapai. Alhamdulillah. after lecturer announce semalam, semua macam berpakat2 nak survey kawasan. at first mcm nervous je aku belom tahu lagi sape partner aku nanti. Syukur sgt2, aku dpt dgn member yg agak rapat jgak. Group aku 6 org (syafiq, azlan, priya, fara, eja and me ).. 

Lepas solat Jumaat, aku teman member yg lagi sorg ni. her name is Fong. dia dapat SK Seksyen 6. berdekatan dgn Bukit Cherakah. besttttt!!! hari2 boleh lepak kat situ. hahaha. then, member aku yg dah biasa pergi sekolah ni ajak aku tgok kawasan sebab aku tak kenal lagi. so, aku mulakan perjalanan ke tempat aku plak. alamak!!! jauhnye...dalam 28km (pergi balik) dari rumah aku. rasa nak menangis pun ada sebab ingat just travel jer hari2. tapi bila sampai kawasan tu...hehehehe....surprise!!! suka sgt kawasan tu. CANTIKKKK!!! sejuk mata memandang. sebelum sampai kat sekolah, jumpa Setia Alam Eco Park. nampaknya, boleh jogging hari2 la nti. hehehe. padang golf pun ada jugak. lecturer cakap, ni bandar baru buka. sebab tu semua baru. seriously...perumahan, apartment...semua nampak moden. harap2 sewa tu murah la sbb nanti aku akan sewa dekat area tu jgak. tak larat nak travel hari2. JEM. TOL JALAN. hahaha.

Aku dah jatuh hati tgok sekolah ni. hehehe. Well, bila sampai kat sekolah tu, aku dgn kawan memberanikan diri utk jumpa guru besar dulu. kami cuma nak memperkenalkan diri dulu supaya on Wednesday nti, diorang tak kelam kabut. Alahai...baiknya guru besar sekolah ni. Dia terus suruh kami isi borang sbg staff dan lapor diri. Supposed on Wed. alang2 datang, buat jer. kawan kami lagi 3org, on Wed la.. Alhamdulillah..kini aku bergelar Teacher. hahaha. excited. harap2 warga pihak sekolah ni baik dan mesra. semoga aku dan kawan2 dpt jalani tugas ini dengan elok dan berkaliber. Insya Allah.


inilah sekolah yg bakal aku mengajar nanti. Insya Allah. :)

thanks to them for showing this school. Ainul, Fara and Arifah.

01 February 2012

Bon Voyage...

Masanya telah tiba. jeng! jeng! jeng! Jom balik Shah Alam. hehehe. kalau balik dgn parents and stay together, memang terbaik lah. hahaha. tapi, balik Shah Alam je dgn parents but stay dgn org lain. memang kurang terbaik. :( ... well, i have to do so because the practical is on next week. nak tak nak, must go on because this is my journey to get Diploma as a teacher. Insya Allah. 

goodbye to my sweetie room, sweetie house and lovely cars. almost 3months, aku stay kat kampung. rasanya dah jadi macam belon. makin kembang. hahaha. al maklum saje lah, duduk kat kampung...makan minum terhidang. hehehe. hari2 makan yg mak masak. bila mak keje, makan yg mertua masak plak. memang sedapppp! tapi utk hari ni smpai bulan 5, aku makan masakan aku je la. sedap ke tak, semua kena makan. kalau tidak, kebuluran plak. kikikiki. 

so, perjalanan aku ke Shah Alam last week, aku menggunakan jalan alternatif dari Kota Bharu melalui Grik dan tiba di Shah Alam. kali ni, aku bawak my pinky car sebab barang byk. huhuhu. well, perjalanan aku sekitar 8jam la. mula2 ayah drive. after 3hours, aku plak yg smbung. mak ayah rest. Mak ayah cuti for 3days je. so, aku bermanja sekejap je la. on Friday, mak ayah balik dgn flight. tinggal lah aku sendirian di sini. huk. huk. Rindu Mak Ayah.

btw, thanks to my lovely fiance' because you're coming early morning for packing my things. TQ so muchh! I'll miss you. hehehe. pls take care of my parents too. :)